Friday 24 February 2012

CONTOH LAPORAN



LAPORAN
PROGRAM
LAWATAN KE AGENSI NUKLEAR MALAYSIA
(MINT)

TARIKH
                           xx NOVEMBER 2011

TEMPAT
AGENSI NUKLEAR MALAYSIA
BANGI, 43000 KAJANG
SELANGOR, MALAYSIA

ANJURAN:
PELAJAR
KURSUS SFG3012 FIZIK NUKLEAR & SINARAN
 KURSUS SFG3033 FIZIK TENAGA
FAKULTI SAINS & MATEMATIK
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TEMA
“MAHASISWA PENJANA AKHLAK & INTELEKTUAL MASYARAKAT”
1.0       PENGENALAN
                    Program lawatan ke Agensi Nuklear Malaysia diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar jurusan Pendidikan Sains (AT16) dan Fizik (AT13) Semester 3 dan 5 dalam kursus SFG3012 Fizik Nuklear & Sinaran dan SFG3033 Fizik Tenaga. Lawatan ini adalah sebagai amali dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kursus ini. Untuk menguasai dan memahami intipati pembelajaran fizik sinaran yang masih baru dalam kalangan pelajar, program lawatan ini merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan nilai tambah dalam kalangan bakal guru supaya boleh diaplikasikan dan dimanfaatkan apabila berada di sekolah dan masyarakat luar nanti. Dalam lawatan ini juga, pelajar akan didedahkan mengenai proses yang berlaku dalam reaktor nuklear, bagaimana penghasilan tenaga dalam reaktor terbentuk, kemudian pelajar didedahkan dengan proses radioaktif, pengesanan serta kegunaannya.

                    Lawatan ke Agensi Nuklear Malaysia (MINT) ini merupakan satu langkah untuk mengubah persepsi pelajar mengenai kebaikan nuklear dan mendalami ilmu mengenai nuklear yang acap kali dipandang negatif oleh kebanyakan pelajar dan sebahagian besar ahli masyarakat. Selain itu, program pembinaan reaktor nuklear untuk tujuan penghasilan tenaga elektrik di Malaysia telah menarik minat pihak penganjur untuk melihat dan mendapat penjelasan yang lebih lanjut daripda pihak MINT.

2.0        OBJEKTIF

2.1             Merupakan salah satu aktiviti P & P di dalam silibus kursus SFG3012 Fizik        Nuklear & Sinaran dan SFG3033 Fizik Tenaga dalam kursus minor Fizik.
      2.2             Memberi pendedahan proses-proses yang berlaku dalam reaktor nuklear.
      2.3             Memberi peluang kepada pelajar untuk melihat sendiri dan mendapat penjelasan  yang lebih mendalam daripada pihak MINT mengenai sinaran-sinaran dalam proses nuklear.
       2.4            Memberi pendedahan kepada pelajar supaya dapat menambahkan ilmu dan    pengalaman supaya dapat menjadi bakal guru yang baik dan mengharumkan nama baik UPSI.

3.0       SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

             Penasihat: Hj Shaharudin bin Ali dan Dr. Rosazley bin Ramly
             Pengarah Program : Rasyid Bin Abdul Salam
             Penolong Pengarah : Noramira Binti Ahmad Tajuddin

            Setiausaha :                                                                                                                                                                 i. Claudia Musih
                                    ii.  Darvina Lim Choo Keng
            Bendahari:
                                    i. Nurul Syuhada binti Hbdul Halim
                                    ii.Siti Hafsah Binti Haji Mohtar

Ajk Protokol dan Sambutan:
Wan Nur 'Atiqah Bt Wan Mohamad Zamri
Azlin Azniza Binti Ahmad
Nur Janna Binti Mustapha

Ajk Keselamatan, Kebajikan dan Kebersihan:
Mohd Nurul Amri Bin Rodzi
Jusman Bin Muktar
Muhammad Shamim Bin Zulkefli

Ajk Pengangkutan
Muhammad Yunus Bin Hamid
Muhamad Shahri Bin Ab Ghani

Ajk Makanan:
Nur Aisyah Binti Jamaludin
Khairunnisa Binti Maskuri


Ajk Dokumentasi dan Informasi :
Muhammad Azrin Bin Azman
Muhammad Afiq Syahmi Bin Puad



4.0       LAPORAN AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

4.2       Laporan AJK Protokol

Nama-nama AJK:
1.      Azlin Azniza binti Ahmad                                                      D2010
2.      Nur Janna binti Mustapha                                                       D2010
3.      Wan Nur ‘Atiqa binti Wan Mohamad Zamri                          D2010
Tugas-tugas sebelum program:
·         Menyenaraikan tugas yang perlu dilakukan.
·         Etika pemakaian bagi fasilitator dan juga para peserta telah ditetapkan.
·         Membahagikan tugas kepada setiap ajk.
·         Membuat perbincangan dengan pihak agensi nuclear.
·         Menyediakan tentatif program.
Tugas-tugas semasa program:
  • Melaksanakan tugasan seperti dirancang.
  • Memastikan program berjalan dengan lancar.
  • Menjemput pensyarah untuk memberi cenderahati.
Tugas-tugas selepas program:
·         Menyediakan laporan kepada setiausaha.
Masalah yang dihadapi:
  • Program bemula lambat.
  • Berlaku banyak perubahan tentatif program disebabkan kesibukan yang dihadapi oleh pihak Agensi Nuklear.
Penambahbaikan:
  • AJK perlu memastikan program dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan.
  • Pemilihan tarikh yang sesuai.
  • Memastikan program mengikut tentatif yang telah disediakan.


4.4       Laporan AJK Makanan

Nama-nama AJK:
1.      Khairunnisa Binti Maskuri                                                                  D2010   
2.      Nur Aisyah Binti Jamaludin                                                                D2010   
Tugas-tugas sebelum program:
·         Merancang menu makanan untuk sarapan pagi dan makan tengahari.
·         Tempahan makanan dibuat mengikut bilangan peserta dan pengiring.
·         Tempahan dibuat secara berasingan bagi sarapan pagi dan makan tengahari.
Tugas-tugas semasa program:
·         Menunggu dan mengambil sarapan pagi daripada katerer pada jam 7.30 pagi.
·         Membahagikan sarapan pagi kepada semua peserta dan pengiring pada jam 7.40 pagi.
·        Membahagikan makanan tengahari  yang ditempah di pusat nuclear Negara kepada peserta dan pengiring pada jam 12.30 tengahari.
Tugas-tugas selepas program:
·         Membuat bayaran makanan kepada dua katerer yang berbeza menggunakan duit pengiring dahulu.
·         Menjumlahkan bajet makanan.
·        Membuat laporan unit.
Masalah yang dihadapi:
·         harga yang diletakkan oleh katerer di pusat nuclear Negara sangat tinggi.
·         peserta tidak mengambil sarapan pagi kerana ramai yang datang lewat. Namun, makanan dapat dihabiskan pada waktu tengahari sebelum makan tengahari.
·         makanan tengahari tidak mencukupi kerana ia dihidang secara buffet dan ramai peserta yang mengambil lebih.
Penambahbaikan:
·         makanan perlulah ditempah dalam cara bungkusan bagi mengelakkan kekurangan makanan.
·         Bilangan ahli unit makanan perlu stabil.


3.5              Laporan AJK Pengangkutan
Nama-nama AJK:
1.      Muhammad Yunus Bin Hamid                                                           D2010   
2.      Muhamad Shahri Bin Abdul Ghani                                                    D2010  

Tugas-tugas sebelum program:
·         Mengambil dan mengisi borang pengangkutan bagi menempah bas.
·         3 hari sebelum lawatan, kami AJK pengangkutan datang ke tempat penempahan bas untuk mendapatkan pemandu bas yang ditugaskan membawa kami ke lawatan.
·         Merancang waktu bertolak dan anggaran waktu sampai.
Tugas-tugas semasa program:
·         Memastikan perjalanan bas mengikut perancangan awal.
·         Kami mengambil kira perihal pemandu dan menjemput mereka makan tengahari semasa di sana.
Tugas-tugas selepas program:
·         Membuat laporan kepada setiausaha program.
Masalah yang dihadapi:
·         -






4.7       Laporan AJK Dokumentasi dan Informasi

Nama-nama AJK:
1.      Muhammad Azrin Bin Azman                                                            D20101037531   
2.      Muhammad Afiq Syahmi Bin Puad                                                   D20101037534 
 
Tugas-tugas sebelum program:
·         Perbincangan telah dilakukan antara AJK bagi membahagikan tugas masing-masing.
·        Kami menyediakan peralatan dokumentasi iaitu kamera sebanyak satu unit sahaja.
Tugas-tugas semasa program:
  • Semasa program berlangsung, AJK ini bertanggungjawab untuk merakam segala aksi dan gelagat para peserta serta AJK-AJK yang terlibat dalam bentuk foto dan video. Kemudian, foto-foto ini perlu didokumentasikan dalam laporan selepas program.
Tugas-tugas selepas program:
  • Kami telah menghasilkan video semasa lawatan di Pusat Nuklear Negara untuk diletakan di dalam laporan keseluruhan.
Masalah yang dihadapi:
  • Setibanya kami disana kami telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Oleh keran kami hanya mempunyai satu kamera sahaja jadi ini menyebabkan peluang kami untuk mengambil gambar yang menarik terbatas.
Penambahbaikan:
  • Pada masa akan dating ajk dokumentasi hendaklah mempunyai sekurangnya dua kamera bagi membolehkan lebih banyak gambar gambar menarik dapat ditangkap.

4.8       Laporan AJK Kebajikan, Kebersihan dan Keselamatan
Nama-nama AJK:
1.      Mohd Nurul Amri Bin Rodzi                                                                     D20101037529  
2.      Jusman Bin Muktar                                                                                    D20101037504  
3.      Muhammad Shamim Bin Zulkefli                                                              D20101037460   
Tugas-tugas sebelum program:
  • Kami telah berunding dengan pihak pusat ko UPSI untuk mengambil “medical kit” bagi keselamatan pelajar yang akan pergi lawatan sekiranya berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini.
  • Pihak kami telah menyediakan surat pelepasan kelas bagi pelajar yang akan pergi mengikuti lawatan.
Tugas-tugas semasa program:
·         Memastikan sisa makanan tidak berselerak.
·         Mengawal perjalanan dan keselamatan pelajar semasa program berlangsung.
·         Memastikan sampah sarap dibuang di tempat yang sepatutnya selepas makan.
Tugas-tugas selepas program:
·         Menyediakan laporan untuk makluman setiausaha.
·         Melaporkan perkara yang berlaku dan masalah yang dihadapi kepada pengarah program.
  • Menanyakan kepada perserta jika terdapat sebarang msalah semasa program berlangsung.

 Masalah yang dihadapi:
·         Medical kit tidak dapat kelulusan dari pihak klinik kerana tidak ada aktiviti lasak.
Penambahbaikan:
·         Memastikan barangan yang hendak dipinjam sesuai dengan aktiviti yang dilakukan semasa program.


5.0       TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

            Program ini diadakan pada:
Tarikh: 23 NOVEMBER 2011
Hari : Rabu
            Tempat: Agensi Nuklear Malaysia (MINT) Bangi, 43000 Kajang                                                           Selangor, Malaysia.




8.00 a.m          Peserta berkumpul di Auditorium
8.30 a.m          Bergerak ke Agensi Nuklear Malaysia, Bangi.
10.30 a.m        Sampai di Agensi Nuklear Malaysia, Bangi
                        Pendaftaran peserta
11.30 a.m        Taklimat daripada pegawai Agensi Nuklear Malaysia.
12.00 p.m        Lawatan ke nuklear reaktor dan kawasan sekitar
01.30 p.m        Rehat dan makan tengahari dan solat zohor.
02.30 p.m        Sambung lawatan ke sekitar Agensi Nuklear  Malaysia
4.30 p.m          Sesi penutup oleh
                        Penyampaian cenderahati kepada pihak agensi.
5.00 p.m          Bergerak pulang UPSI, Tanjung Malim.
6.30 p.m          Dijangka tiba di UPSI, Tanjung Malim.


6.0       KUMPULAN SASARAN/PESERTA


            Peserta lawatan ini adalah pelajar Kursus SFG3012 Fizik Nuklear & Sinaran dan SFG3033 Fizik Tenaga semester 3 dan 5 seramai 48 orang.

Pensyarah pembimbing: 2 orang
Pelajar: 48 orang