LAPORAN
PROGRAM
LAWATAN
KE AGENSI NUKLEAR MALAYSIA
(MINT)
TARIKH
xx NOVEMBER 2011
TEMPAT
AGENSI NUKLEAR MALAYSIA
BANGI, 43000 KAJANG
SELANGOR, MALAYSIA
SELANGOR, MALAYSIA
ANJURAN:
PELAJAR
KURSUS
SFG3012 FIZIK NUKLEAR & SINARAN
KURSUS SFG3033 FIZIK TENAGA
FAKULTI
SAINS & MATEMATIK
UNIVERSITI
PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TEMA
““MAHASISWA PENJANA AKHLAK & INTELEKTUAL
MASYARAKAT”
1.0 PENGENALAN
Program lawatan ke Agensi Nuklear Malaysia diadakan adalah untuk
meningkatkan kefahaman pelajar jurusan Pendidikan Sains (AT16) dan Fizik (AT13)
Semester 3 dan 5 dalam kursus SFG3012
Fizik Nuklear & Sinaran dan SFG3033
Fizik Tenaga. Lawatan ini adalah sebagai amali dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
dalam kursus ini. Untuk menguasai dan memahami intipati pembelajaran fizik
sinaran yang masih baru dalam kalangan pelajar, program lawatan ini merupakan salah
satu usaha untuk meningkatkan nilai tambah dalam kalangan bakal guru supaya
boleh diaplikasikan dan dimanfaatkan apabila berada di sekolah dan masyarakat
luar nanti. Dalam lawatan ini juga, pelajar akan didedahkan mengenai proses
yang berlaku dalam reaktor nuklear, bagaimana penghasilan tenaga dalam reaktor
terbentuk, kemudian pelajar didedahkan dengan proses radioaktif, pengesanan
serta kegunaannya.
Lawatan ke
Agensi Nuklear Malaysia (MINT) ini merupakan satu langkah untuk mengubah
persepsi pelajar mengenai kebaikan nuklear dan mendalami ilmu mengenai nuklear
yang acap kali dipandang negatif oleh kebanyakan pelajar dan sebahagian besar
ahli masyarakat. Selain itu, program pembinaan reaktor nuklear untuk tujuan
penghasilan tenaga elektrik di Malaysia telah menarik minat pihak penganjur
untuk melihat dan mendapat penjelasan yang lebih lanjut daripda pihak MINT.
2.0
OBJEKTIF
2.1 Merupakan
salah satu aktiviti P & P di dalam silibus kursus SFG3012 Fizik Nuklear
& Sinaran dan SFG3033 Fizik
Tenaga dalam kursus minor Fizik.
2.2 Memberi pendedahan proses-proses
yang berlaku dalam reaktor nuklear.
2.3 Memberi
peluang kepada pelajar untuk melihat sendiri dan mendapat penjelasan yang lebih mendalam daripada pihak MINT
mengenai sinaran-sinaran dalam proses nuklear.
2.4 Memberi pendedahan kepada pelajar
supaya dapat menambahkan ilmu dan pengalaman
supaya dapat menjadi bakal guru yang baik dan mengharumkan nama baik UPSI.
3.0 SENARAI
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS
Penasihat: Hj Shaharudin bin
Ali dan Dr. Rosazley bin Ramly
Pengarah
Program : Rasyid Bin Abdul
Salam
Penolong Pengarah : Noramira Binti Ahmad Tajuddin
Setiausaha
: i. Claudia Musih
ii. Darvina Lim Choo Keng
Bendahari:
i. Nurul
Syuhada binti Hbdul Halim
ii.Siti
Hafsah Binti Haji Mohtar
Ajk Protokol dan Sambutan:
Wan Nur 'Atiqah Bt Wan Mohamad Zamri
Azlin Azniza Binti Ahmad
Nur Janna Binti Mustapha
Ajk Keselamatan, Kebajikan
dan Kebersihan:
Mohd Nurul Amri Bin Rodzi
Jusman Bin Muktar
Muhammad Shamim Bin Zulkefli
Ajk Pengangkutan
Muhammad Yunus Bin Hamid
Muhamad Shahri Bin Ab Ghani
Ajk Makanan:
Nur Aisyah Binti Jamaludin
Khairunnisa Binti Maskuri
Ajk Dokumentasi dan Informasi
:
Muhammad Azrin Bin Azman
Muhammad Afiq Syahmi Bin Puad
4.0 LAPORAN
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
4.2 Laporan
AJK Protokol
Nama-nama AJK:
1. Azlin
Azniza binti Ahmad D2010
2. Nur Janna binti Mustapha D2010
3. Wan Nur ‘Atiqa binti Wan Mohamad Zamri D2010
Tugas-tugas sebelum program:
·
Menyenaraikan tugas
yang perlu dilakukan.
·
Etika pemakaian bagi
fasilitator dan juga para peserta telah ditetapkan.
·
Membahagikan tugas
kepada setiap ajk.
·
Membuat perbincangan
dengan pihak agensi nuclear.
·
Menyediakan tentatif
program.
Tugas-tugas semasa program:
- Melaksanakan tugasan seperti dirancang.
- Memastikan program berjalan dengan lancar.
- Menjemput pensyarah untuk memberi cenderahati.
Tugas-tugas selepas program:
·
Menyediakan laporan
kepada setiausaha.
Masalah yang dihadapi:
- Program bemula lambat.
- Berlaku banyak perubahan tentatif program disebabkan kesibukan yang dihadapi oleh pihak Agensi Nuklear.
Penambahbaikan:
- AJK perlu memastikan program dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan.
- Pemilihan tarikh yang sesuai.
- Memastikan program mengikut tentatif yang telah disediakan.
4.4 Laporan
AJK Makanan
Nama-nama AJK:
1.
Khairunnisa Binti Maskuri D2010
2.
Nur Aisyah Binti Jamaludin D2010
Tugas-tugas sebelum program:
·
Merancang
menu makanan untuk sarapan pagi dan makan tengahari.
·
Tempahan makanan dibuat
mengikut bilangan peserta dan pengiring.
·
Tempahan dibuat secara
berasingan bagi sarapan pagi dan makan tengahari.
Tugas-tugas semasa program:
·
Menunggu dan mengambil
sarapan pagi daripada katerer pada jam 7.30 pagi.
·
Membahagikan
sarapan pagi kepada semua peserta dan pengiring pada jam 7.40 pagi.
·
Membahagikan
makanan tengahari yang ditempah di pusat
nuclear Negara kepada peserta dan pengiring pada jam 12.30 tengahari.
Tugas-tugas selepas program:
·
Membuat
bayaran makanan kepada dua katerer yang berbeza menggunakan duit pengiring
dahulu.
·
Menjumlahkan bajet makanan.
·
Membuat
laporan unit.
Masalah yang dihadapi:
·
harga
yang diletakkan oleh katerer di pusat nuclear Negara sangat tinggi.
·
peserta
tidak mengambil sarapan pagi kerana ramai yang datang lewat. Namun, makanan
dapat dihabiskan pada waktu tengahari sebelum makan tengahari.
·
makanan
tengahari tidak mencukupi kerana ia dihidang secara buffet dan ramai peserta
yang mengambil lebih.
Penambahbaikan:
·
makanan
perlulah ditempah dalam cara bungkusan bagi mengelakkan kekurangan makanan.
·
Bilangan
ahli unit makanan perlu stabil.
3.5
Laporan
AJK Pengangkutan
Nama-nama AJK:
1. Muhammad Yunus Bin Hamid D2010
2. Muhamad Shahri Bin Abdul
Ghani D2010
Tugas-tugas
sebelum program:
·
Mengambil dan mengisi
borang pengangkutan bagi menempah bas.
·
3
hari sebelum lawatan, kami AJK pengangkutan datang ke tempat penempahan bas
untuk mendapatkan pemandu bas yang ditugaskan membawa kami ke lawatan.
·
Merancang waktu
bertolak dan anggaran waktu sampai.
Tugas-tugas semasa program:
·
Memastikan perjalanan
bas mengikut perancangan awal.
·
Kami mengambil kira
perihal pemandu dan menjemput mereka makan tengahari semasa di sana.
Tugas-tugas selepas program:
·
Membuat laporan kepada
setiausaha program.
Masalah yang dihadapi:
·
-
4.7 Laporan
AJK Dokumentasi dan Informasi
Nama-nama AJK:
1.
Muhammad Azrin Bin Azman D20101037531
2.
Muhammad Afiq Syahmi Bin Puad D20101037534
Tugas-tugas
sebelum program:
·
Perbincangan telah
dilakukan antara AJK bagi membahagikan tugas masing-masing.
·
Kami
menyediakan peralatan dokumentasi iaitu kamera sebanyak satu unit sahaja.
Tugas-tugas semasa program:
- Semasa program berlangsung, AJK ini bertanggungjawab untuk merakam segala aksi dan gelagat para peserta serta AJK-AJK yang terlibat dalam bentuk foto dan video. Kemudian, foto-foto ini perlu didokumentasikan dalam laporan selepas program.
Tugas-tugas selepas program:
- Kami telah menghasilkan video semasa lawatan di Pusat Nuklear Negara untuk diletakan di dalam laporan keseluruhan.
Masalah yang dihadapi:
- Setibanya kami disana kami telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Oleh keran kami hanya mempunyai satu kamera sahaja jadi ini menyebabkan peluang kami untuk mengambil gambar yang menarik terbatas.
Penambahbaikan:
- Pada masa akan dating ajk dokumentasi hendaklah mempunyai sekurangnya dua kamera bagi membolehkan lebih banyak gambar gambar menarik dapat ditangkap.
4.8 Laporan AJK Kebajikan, Kebersihan dan Keselamatan
Nama-nama AJK:
1. Mohd Nurul Amri Bin Rodzi D20101037529
2. Jusman Bin Muktar D20101037504
3. Muhammad Shamim Bin Zulkefli D20101037460
Tugas-tugas sebelum program:
- Kami telah berunding dengan pihak pusat ko UPSI untuk mengambil “medical kit” bagi keselamatan pelajar yang akan pergi lawatan sekiranya berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini.
- Pihak kami telah menyediakan surat pelepasan kelas bagi pelajar yang akan pergi mengikuti lawatan.
Tugas-tugas semasa program:
·
Memastikan sisa makanan
tidak berselerak.
·
Mengawal perjalanan dan
keselamatan pelajar semasa program berlangsung.
·
Memastikan sampah sarap
dibuang di tempat yang sepatutnya selepas makan.
Tugas-tugas selepas program:
·
Menyediakan
laporan untuk makluman setiausaha.
·
Melaporkan perkara yang
berlaku dan masalah yang dihadapi kepada pengarah program.
- Menanyakan kepada perserta jika terdapat sebarang msalah semasa program berlangsung.
Masalah yang dihadapi:
·
Medical kit tidak dapat
kelulusan dari pihak klinik kerana tidak ada aktiviti lasak.
Penambahbaikan:
·
Memastikan barangan
yang hendak dipinjam sesuai dengan aktiviti yang dilakukan semasa program.
5.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM
Program
ini diadakan pada:
Tarikh: 23 NOVEMBER 2011
Hari : Rabu
Tempat: Agensi
Nuklear Malaysia (MINT) Bangi, 43000 Kajang Selangor, Malaysia.
8.00
a.m Peserta berkumpul di
Auditorium
8.30
a.m Bergerak ke Agensi Nuklear
Malaysia, Bangi.
10.30
a.m Sampai di Agensi Nuklear
Malaysia, Bangi
Pendaftaran peserta
11.30
a.m Taklimat daripada pegawai
Agensi Nuklear Malaysia.
12.00 p.m Lawatan
ke nuklear reaktor dan kawasan sekitar
01.30 p.m
Rehat dan makan tengahari dan
solat zohor.
02.30 p.m Sambung
lawatan ke sekitar Agensi Nuklear
Malaysia
4.30 p.m Sesi
penutup oleh
Penyampaian
cenderahati kepada pihak agensi.
5.00 p.m Bergerak
pulang UPSI, Tanjung Malim.
6.30 p.m Dijangka tiba di
UPSI, Tanjung Malim.
6.0 KUMPULAN
SASARAN/PESERTA
Peserta lawatan ini adalah pelajar Kursus SFG3012 Fizik Nuklear & Sinaran dan SFG3033 Fizik Tenaga semester 3 dan 5
seramai 48 orang.
Pensyarah pembimbing: 2 orang
Pelajar: 48 orang